CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 15 January 2012

Galeri Islam

Ketika saya duduk dalam majlis yang diberkati ini, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa bahasa Arab yang kaya dengan gaya bahasa dan perkataan pun masih tidak cukup bagi saya untuk luahkan rasa terlalu gembira. Kegembiraan dan kebahagiaan itu adalah kerana kita tidak berkumpul kerana manfaat individu tertentu malahan kita berkumpul atas dasar mentaati Allah S.W.T. dan juga untuk berkhidmat kepada agama Islam dan umatnya.
Rasulullah s.a.w. telah memberi berbagai-bagai khabar gembira kepada mereka yang berkumpul untuk mentaati Allah Taala. Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
'Sesungguhnya di kalangan hamba Allah ada segolongan manusia yang bukanlah merupakan para anbiya’ dan bukan juga dari para syuhada’ kerana kedudukan mereka di sisi
Allah' Maka seorang telah berkata: 'Beritahulah kami tentang sifat-sifat mereka wahai Rasulullah'. Lalu Rasulullah berkata: 'Mereka merupakan manusia yang berkumpul atas dasar mentaati Allah bukan kerana hubungan kekeluargaan antara mereka. Demi Allah, wajah-wajah mereka umpama cahaya dan mereka berada dalam keadaan bercahaya. Mereka tidak mengalami ketakutan dan mereka tidak bersedih ketika manusia lain bersedih'.
Kemudian Rasulullah membaca firman Allah yang bermaksud:
'Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang) perubahan pada janji-janji Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar'.(Surah Yunus: 62-64)
Alangkah baiknya dan tingginya nilai majlis ilmu. Sesungguhnya ia merupakan satu majlis yang dinaungi oleh malaikat rahmat dan merupakan majlis yang mengandungi zikir kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
'(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah! Dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal salih, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya'. (Surah al-Rad: 28-29)


Majlis ilmu merupakan majlis yang menyamai puluhan majlis yang lain. Ia merupakan majlis yang paling bernilai dan yang paling mendatangkan manfaat kepada manusia. Sempena dengan ini, saya teringat dengan wasiat yang telah diberikan oleh Saidina Ali k.w.j. kepada salah seorang muridnya yang bernama Umai ibn Ziyad. Saidina Ali k.w.j. sebagaimana yang kita semua tahu telah diberikan oleh Allah ilmu yang begitu luas. Umai ibn Ziyad yang merupakan salah seorang anak muridnya berkata: Saidina Ali telah memegang tanganku dan menarikku ke tempat duduknya kemudian beliau telah berkata kepadaku: 'Wahai Umai! Sesungguhnya hati ini ada beberapa ruang, maka ruang yang terbaik ialah ruang yang paling besar. Maka ingatlah apa yang aku hendak katakan kepada engkau. Wahai Umai, manusia itu terbahagi kepad
Saya ingin mengatakan di sini bahawa sesungguhnya suasana dan keadaan umat Islam akan tetap kekal dan berterusan dalam keadaan baik, di mana ia akan terus memiliki kekuatan dan akan terus membangun. Ia berkembang maju dan berterusan dalam keadaan aman damai, tenang dan sejahtera selagimana umat Islam menunaikan tanggungjawab dan peranan yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu sebab dan faktor yang boleh membawa kepada berlakunya sesuatu peristiwa tersebut. Ini merupakan sunnah Allah. Sunnah Allah yang telah ditetapkan ke atas makhluk-Nya ialah Dia tidak akan mensia-siakan balasan bagi orang yang melakukan sesuatu kerja. Sunnah Allah ke atas makhluk-Nya telah dijelaskan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Qur’an. Antaranya ialah fi
'Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya!). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya!)'.(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Sunnah Allah juga telah dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan'.(Surah al-Nahl: 97)

Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan memperoleh hasil kesungguhannya. Sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya. Dunia ini telah dijadikan oleh Allah untuk orang yang rajin bekerja dan berusaha. Ia telah dijadikan oleh Allah untuk orang-orang yang bersungguh-sungguh. Ia dijadikan bagi mereka yang menjalankan peranan mereka dalam kehidupan dengan amanah, ikhlas, taat dan mulia menerusi berpenat lelah. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu hasil yang baik dan mencapai natijah yang bagus, ia tidak akan berlaku dengan sebegitu mudah. Orang yang ingin mencapai kejayaan tanpa berusaha dan berkorban jarang sekali dapat mencapai kejayaan tersebut. Kejayaan itu mesti diusahakan dengan pengorbanan dan kegigihan.
Setiap manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu apabila tidak mengerah tenaganya untuk mengembangkan, membangunkan dan memperbaiki lagi kepakaran tersebut serta menimba ilmu daripada orang lain maka akan mengalami kerugian. Ini kerana setiap manusia telah dijadikan oleh Allah dengan kelebihan dan keupayaan tertentu. Setiap manusia sentiasa perlu kepada ilmu yang dimiliki oleh orang lain. Salah seorang pujangga ada berkata dengan kata-kata yang indah dan menarik iaitu:
'Apabila seseorang itu alim dalam satu bidang ilmu, dia masih menjadi penuntut kepada orang lain dalam bidang ilmu yang lain'.
Ini merupakan ungkapan orang yang bijak pandai. Orang yang mempunyai akal dan bijak sentiasa mengambil manfaat dan menggunakan kelebihan yang ada pada orang lain. Tidak ada halangan sama ada dari segi akal atau syara’ untuk berbuat demikian. Syeikh al-Azhar menjadi anak murid kepada seorang doktor, penuntut kepada seorang jurutera dan menjadi pelajar kepada pakar-pakar dalam bidang-bidang yang tidak menjadi kepakaran Syeikh al-Azhar. Demikian juga tiada halangan seorang doktor menjadi murid kepada Syeikh al-Azhar dalam bidang ilmu kepakarannya dan jurutera menjadi penuntut kepada Syeikh al-Azhar dalam bidang kepakarannya. Semua ini kerana apa? Kerana Islam merupakan satu agama tolong menolong. Orang yang menjurus dalam bidang pengkhususan ilmu-ilmu agama mengambil faedah dari orang yang m
Seorang manusia itu walau tinggi mana sekalipun ilmunya, dalam mana sekalipun kefahaman, besar mana sekalipun kebesarannya, gagah mana sekali pun kekuasaannya dan banyak mana sekalipun hartanya, dia sentiasa dan berterusan memerlukan bantuan atau pertolongan orang lain. Al-Qur’an menjelaskan makna keperluan manusia kepada manusia yang lain ini dalam banyak ayat. Antaranya firman Allah yang bermaksud:
Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: '(Kalaulah al-Qur’an ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya al-Qur’an ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?' (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan); Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat 

No comments:

Post a Comment